Himpunan Anti Lynas: Penganjur, pemimpin akan dipanggil

Himpunan Anti Lynas yang diadakan di Taman Gelora, di sini pagi tadi tidak mendapat kebenaran yang melanggar Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012. (Gambar kecil, Mohamad Noor Yusof Ali)
Himpunan Anti Lynas yang diadakan di Taman Gelora, di sini pagi tadi tidak mendapat kebenaran yang melanggar Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012. (Gambar kecil, Mohamad Noor Yusof Ali)
A
A
A
KUANTAN - Himpunan Anti Lynas yang diadakan di Taman Gelora, di sini pagi tadi tidak mendapat kebenaran yang melanggar Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, walaupun pihak penganjur mengemukakan notis kepada polis melebihi 10 hari dari tarikh dijadualkan namun pihaknya tidak mendapat permit daripada pemilik premis yang terletak di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Kuantan (MPK)

Justeru, katanya, kertas siasatan dibuka mengikut APA 2012 dan penganjur perhimpunan itu serta beberapa pemimpin tempatan akan dipanggil polis untuk memberi keterangan.

"Notis yang mereka beri kepada polis ikut peraturan tetapi saya sendiri pergi bertanya dengan Yang Dipertua MPK (Datuk Hamdan Husin) mereka menolak dan tiada permit dikeluarkan untuk himpunan tersebut.

"Saya mendapat makluman mereka hendak buat rayuan tetapi tidak. Jadi, tindakan sebegini telah melanggar peraturan dan tindakan sewajarnya mengikut undang-undang akan diambil.

"Satu laporan polis akan dibuat dan siasatan terperinci akan dijalankan,” katanya kepada media ketika ditemui di Taman Gelora, di sini hari ini.

Himpunan Anti Lynas yang diadakan di Taman Gelora, di sini pagi tadi tidak mendapat kebenaran yang melanggar Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.
Himpunan Anti Lynas yang diadakan di Taman Gelora, di sini pagi tadi tidak mendapat kebenaran yang melanggar Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Mohamad Noor berkata, polis juga telah mengadakan perjumpaan bersama seorang peguam dan lima pemimpin pada 7 Ogos lalu bagi membincangkan berkenaan himpunan tersebut.

"Apa yang mereka kemukakan ketika perjumpaan tersebut telah mengikut syarat dan prosedur yang ditetapkan namun tempat himpunan tersebut perlu mendapat kebenaran MPK," katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Himpunan anti-Lynas tetap berlangsung hari ini di taman rekreasi tersebut walaupun tidak mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pihak polis.

Pihak penganjur yang menganggarkan kehadiran antara 1,000 hingga 2,000 orang namun hasil tinjauan Sinar Harian mendapati yang datang dalam jumlah yang kecil yang hanya kira-kira 200 orang yang hadir.