Jangan sia-siakan bantuan: Exco

Mohamad Rafie (tengah) bersama usahawan yang menerima geran dana Bizgrant SSM.
Mohamad Rafie (tengah) bersama usahawan yang menerima geran dana Bizgrant SSM.
A
A
A

SEREMBAN – Usahawan yang terpilih menerima geran bantuan menerusi program Bizgrant di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) diharap tidak mensia-siakanya.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata, daripada ramai yang membuat permohonan, hanya 200 penerima di negeri ini yang terpilih membabitkan jumlah keseluruhan RM600,000.

“Setiap penerima menerima bantuan berbentuk barangan dan perkakasan berjumlah RM3,000 setiap seorang.

“Jadi, saya seru kepada semua supaya jangan sia-siakannya dan manfaatkan sepenuhnya untuk membantu memperkembangkan perniagaan,” katanya ketika berucap pada majlis Penyerahan Dana Bizgrant SSM di Hotel Klana Resort di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah SSM Negeri Sembilan, Rashidan Abd Rashid.

Selain itu katanya, untuk menjadi seorang usahawan berjaya, mereka perlu bijak merangka hubungan ‘networking’ dan tidak mudah rasa tergugat dengan individu yang menjalankan aktiviti perniagaan sama.

Sebaliknya Mohamad Rafie berkata, mereka perlu menjadikan ia sebagai satu saingan positif dan saling bantu-membantu.

Artikel Berkaitan: