Motosikal lego Harley-Davidson

MOTOSIKAL Milwaukee Harley- Davidson dalam bentuk miniatur menggunakan 1,023 kepingan Lego.
A
A

BUAT para peminat barangan Harley-Davidson dan pengumpul model Lego, jangan lepaskan peluang memiliki Lego Harley-Davidson Fat Boy keluaran Lego Malaysia.

Lego Harley-Davidson Fat Boy di bawah siri Lego Creator Expert itu menterjemahkan motosikal Milwaukee Harley- Davidson dalam bentuk miniatur menggunakan 1,023 kepingan Lego.

Pada masa sama, ia turut dilengkapi komponen utama seperti dua tayar beserta rim, tangki bahan api teardrop yang memaparkan cetakan logo, ekzos berkembar, stang atau kemudi dan pedal.

Bertambah menarik, beberapa model yang terdapat pada motosikal lego berwarna hitam dan merah berketinggian 20 sentimeter (cm), 18 cm lebar dan 33 cm panjang itu juga boleh digerakkan.

Istimewanya, ‘mainan Lego’ itu bukan sahaja ideal dijadikan perhiasan di pejabat ataupun di kediaman, bahkan sesuai dihadiahkan kepada individu yang meminati miniatur comel dan unik.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia