Alat saiz kad kredit berubah 21 alat penting bantu kerja bertukang

INOVASI terbaharu Disc dengan saiz poket, tool yang diperbuat daripada keluli titanium tahan karat itu boleh berubah menjadi 21 alat penting untuk kerja pertukangan atau pembaikan di rumah.
A
A

HANYA dalam bentuk kad kredit dan mudah dibawa ke mana-mana. Inovasi aksesori MultiCard MultiTool boleh menjadi sahabat baik anda untuk melengkapkan urusan harian.

Inovasi terbaharu Disc dengan saiz poket, tool yang diperbuat daripada keluli titanium tahan karat itu boleh berubah menjadi 21 alat penting untuk kerja pertukangan atau pembaikan di rumah.

Bentuk yang praktikal dengan berat hanya 44 gram itu mampu membuat kerja seperti memotong tali, membuka penutup botol selain mempunyai tujuh saiz bit, boleh menjadi pembaris dan melukis protractor.

Lebih menarik, dua sudut bahagian atas berfungsi sebagai flathead dan pemutar skru sementara satu cut out di tengah pula berfungsi sebagai sepana selain berfungsi sebagai pemotong kabel.

Jika kempen Kickstarter berjalan seperti yang dirancang, kemungkinan penghantaran bermula November nanti dengan harga permulaan USD 25 (RM104.75).