Polis bergaduh gara-gara rasuah

Dua konstabel polis di Uttar Pradesh bergaduh dipercayai akibat rasuah.
A
A

UTTAR PRADESH - Rakaman video memaparkan dua orang konstabel polis bergaduh sesama sendiri dipercayai akibat rasuah di Prayagraj, Uttar Pradesh kini tular di media sosial.

Dalam klip video berdurasi 32 saat itu, kelihatan dua anggota polis bertikam lidah sebelum salah seorang daripada mereka menampar rakannya lalu mencetuskan pergaduhan antara kedua-duanya.

Susulan insiden yang berlaku Isnin lalu, dua anggota polis berkenaan telah digantung tugas dan siasatan sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar insiden.

Ini bukan kali pertama insiden sedemikian berlaku di Uttar Pradesh.

Pada tahun 2016, video memaparkan pergaduhan antara dua anggota polis dipercayai akibat rasuah di Lucknow turut tular di media sosial. - Agensi