Lelaki Singapura dipukul di Lebuhraya Link Kedua arah Tuas

Kejadian yang dirakamkan dalam video berkenaan.
Kejadian yang dirakamkan dalam video berkenaan.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Pergaduhan melibatkan dua lelaki memukul seorang lelaki dalam sebuah kereta disahkan berlaku di bandaraya ini.

Insiden dipaparkan menerusi video berdurasi 19 saat yang tular di media sosial Facebook itu difahamkan berlaku di Lebuhraya Link Kedua menuju Tuas malam semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 7.37 pagi.

“Laporan dibuat seorang lelaki warganegara Singapura berusia 30 iaitu mangsa yang dipukul dalam video berkenaan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dzulkhairi berkata, kejadian dipercayai berpunca akibat pelanggaran kenderaan menyebabkan mangsa dimarah dan ditumbuk sebelum suspek beredar.

Dalam video berkenaan, mangsa berada dalam kenderaan dan ditumbuk seorang suspek manakala seorang lagi suspek cuba menutup pintu kereta mangsa dengan kuat ketika kaki mangsa berada di luar kenderaan.

Artikel Berkaitan: