Kedai promosi produk luar bandar di lapangan terbang utama negara

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun yang juga Ketua Srikandi Malaysia menghulurkan bantuan menimbang daging lembu korban sebelum diagihkan pada Program Korban Perdana dan Kenduri Rakyat oleh Srikandi Bersatu Malaysia di Dewan Semai Bakti Felda Adela Kota Tinggi hari ini. - Foto Bernama
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun yang juga Ketua Srikandi Malaysia menghulurkan bantuan menimbang daging lembu korban sebelum diagihkan pada Program Korban Perdana dan Kenduri Rakyat oleh Srikandi Bersatu Malaysia di Dewan Semai Bakti Felda Adela Kota Tinggi hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA TINGGI - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sedang dalam proses membuka lot kedai berkaitan produk industri kecil dan sederhana (IKS) serta pelancongan di enam lapangan terbang antarabangsa di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, ia sebagai salah satu inisiatif memperkenalkan produk-produk luar bandar kepada pelancong dalam dan luar negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 nanti.

Menurutnya, proses mengenal pasti produk serta lot kedai yang bersesuaian sedang dijalankan ketika ini dan sebagai permulaan sebuah kiosk di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi telah dibuka bagi mendapatkan maklum balas awal para pelancong.

"Akan ada agensi yang akan uruskan dan kita akan pilih juga produk yang bersesuaian. Ia bagus untuk usahawan daripada segi packaging dan lain-lain requirement yang diperlukan.

"Kita nak bawa produk kita ini from rural to global dan kita percaya melalui airport boleh bantu pasarkan produk kita," katanya kepada media ketika menghadiri Majlis Korban Perdana dan Kenduri Rakyat oleh Srikandi Bersatu di Felda Adela di sini hari ini.

Tambahnya, antara lot kedai yang dikenal pasti ialah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Senai, Johor Bahru, Langkawi di Kedah dan Kuching, Sarawak.

Jelasnya, kedai-kedai tersebut juga akan dibuka dengan konsep yang mampu menarik perhatian pelancong.

Artikel Berkaitan: