400 terima bantuan persekolahan

A
A
A
KUANTAN - Seramai 400 pelajar sekolah rendah di kawasan Indera Mahkota menerima bantuan persekolahan seperti beg dan alat tulis serta mendapat khidmat gunting rambut percuma membabitkan kos hampir RM20,000.

Adun Semambu yang juga Ketua Cabang PKR Indera Mahkota, Lee Chean Chung, berkata, bantuan disalurkan menerusi program Kembali ke Sekolah/Back to School anjuran Cabang PKR Indera Mahkota dengan kerjasama Pejabat Adun Semambu, yang diadakan secara berperingkat sejak 23 hingga 30 Disember lalu.

Mereka ialah 80 pelajar dari kawasan sekitar Kampung Padang, Taman Impianku dan RTP Bukit Goh; 70 pelajar dari Batu Hitam, Sungai Karang dan Kampung Pelindung; 20 pelajar dari Taman Dato Rashid; 100 pelajar dari kawasan sekitar Semambu, Air Putih, Haji Ahmad dan Sekila dan 100 pelajar dari kawasan sekitar Chenderawasih, Bukit Setongkol, Indera Mahkota 1 dan Indera Mahkota 2.

"Pada 30 Disember 2018, 30 pelajar lagi dari kawasan Sungai Ular dan Chendor akan menerima bantuan persekolahan di Sungai Ular.

"Program ‘Back To School’ dan Persatuan Prihatin Komuniti Pahang diadakan di beberapa lokasi bagi memberikan bantuan persekolahan kepada kanak-kanak yang memerlukan," katanya.
Artikel Berkaitan:


Beliau berkata, bantuan dihulurkan kepada semua pihak yang memerlukan tanpa mengira latas belakang kaum dan agama.

Katanya hal ini bagi membina kesedaran generasi muda agar tidak mudah dipengaruhi pemikiran sempit yang bersifat perkauman kerana Malaysia adalah milik semua rakyat di negara ini.