Objek dipercayai bom ditemui di laman rumah

Objek dipercayai bom jenis mortar ditemui di Segambut. - Foto polis
Objek dipercayai bom jenis mortar ditemui di Segambut. - Foto polis
A
A
A

KUALA LUMPUR - Objek dipercayai bom jenis mortar ditemui orang awam di laman sebuah rumah di Kampung Segambut Bahagia, Segambut di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah berkata, susulan penemuan itu, Unit Pemusnah Bom (UPB) telah bergegas dan tiba di lokasi pada jam 11.40 pagi.

Menurutnya, UPB telah menganalisa serta mengangkat objek tersebut untuk dibawa ke satu lokasi selamat yang lapang di kawasan berdekatan.

"Ini bertujuan untuk memusnahkan objek tersebut kerana kawasan penemuan tidak selamat untuk prosedur pemusnahan.

"Jarak tempat memusnahkan objek dengan tempat kejadian (penemuan) lebih kurang 100 meter. Ini bagi memastikan keselamatan penghuni serta harta benda di kawasan berdekatan selamat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shanmugamoorthy berkata, objek yang menyerupai mortar itu berjaya dimusnahkan.

Artikel Berkaitan: