Bilangan sekolah terkesan akibat tempias Taufan Lekima meningkat

Dr Salmee (duduk depan, dua dari kiri) ketika meninjau keadaan mangsa ribut di Kerpan, hari ini.
Dr Salmee (duduk depan, dua dari kiri) ketika meninjau keadaan mangsa ribut di Kerpan, hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Bilangan sekolah menengah dan rendah terkesan akibat tempias Taufan Lekima dilaporkan meningkat berbanding pagi tadi.

Exco Pendidikan, Dr Salmee Said berkata, kira-kira 155 sekolah mengalami kerosakan setakat jam 4 petang tadi.

Menurut Dr Salmee, sekolah rendah dam menengah di Kuala Muda/Yan paling banyak terkesan akibat ribut dengan bilangan kes dilaporkan membabitkan 38 sekolah.

Menurut, sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Langkasuka, SK Sungai Daun Tengah, SK Batu Hampar, SK Sungai Pasir dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Kuala Muda.

"Turut terkesan, SK Langkasuka, SK Sungai Daun Tgh, SK Batu Hampar, SMK Sungai Pasir, SMK Kota Kuala Muda, SK Bukit Meriam, SK Kota Kuala Muda, SMK Pekula Jaya, SK Haji Sulaiman, SK Guar Chempedak dan SMK Agama Yan.

"Selain itu, turut terlibat Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Ladang Harvard 1, SK Ladang Harvad, SMK Ibrahim, SJK Cina Min Terk, SK Sultan Mudzaffar Shah, SK Padang Lumat, SK Berapit, SK Tunku Ismail dan SK Seri Aman," katanya.

Menurutnya, selebihnya terdiri daripada SK Choong Cheng Semeling, SMK Merbok, SMK Seri Badong, SK Sg Kering, SJK Cina Taitong, SMK Taman Ria, SMK Yan, SMK Batu 17, SK Dulang, SMK Pengkalan Lebai Man serta SK Seri Gadong.

Menurut beliau, sebanyak 35 sekolah di Kota Setar turut terkesan, diikuti Padang Terap (18), Kulim/Bandar Baharu (18),Kubang Pasu (17), Pendang (8), Baling (7) dan Sik (5).

Artikel Berkaitan:

"Di Langkawi, kes pokok tumbang dan bumbung tercabut dilaporkan di Kuarters Guru Kuah, manakaka lapan sekolah terjejas akibat ribut terbabit," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 70 buah sekolah terjejas akibat ribut