Jepun tidak nampak ancaman keselamatan

Peluru berpandu itu dilancarkan dari bandar Hamhung dan kedua-duanya bergerak sejauh 400 kilometer (249 batu) pada ketinggian maksimum 48 kilometer sebelum jatuh ke Laut Jepun.
Peluru berpandu itu dilancarkan dari bandar Hamhung dan kedua-duanya bergerak sejauh 400 kilometer (249 batu) pada ketinggian maksimum 48 kilometer sebelum jatuh ke Laut Jepun.
A
A
A

TOKYO - Kerajaan Jepun berkata, peluru berpandu yang dilancarkan Korea Utara pada Sabtu tidak mendatangkan sebarang ancaman keselamatan ke negara pulau itu, lapor agensi berita Rusia Sputnik memetik laporan media tempatan.

Terdahulu, agensi berita Korea Selatan Yonhap yang memetik kenyataan Ketua Turus Bersama (JCS) melaporkan bahawa Korea Utara telah melancarkan dua peluru berpandu balistik jarak dekat berhampiran pantai timurnya pada jam 5.32 pagi dan 5.50 pagi pada Sabtu.

Peluru berpandu itu dilancarkan dari bandar Hamhung dan kedua-duanya bergerak sejauh 400 kilometer (249 batu) pada ketinggian maksimum 48 kilometer sebelum jatuh ke Laut Jepun.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah melarang Korea Utara daripada meneruskan program peluru berpandu balistiknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Korea Utara lancar dua lagi peluru berpandu

Agensi berita Jepun Kyodo melaporkan bahawa pihak berkuasa negara itu tidak mengesahkan bahawa peluru berpandu yang ditembak ke arah zon ekonomi eksklusif Jepun adalah dari jenis balistik.

Ujian pada Sabtu adalah yang kedua dilancarkan oleh Pyongyang sejak minggu lepas dan yang kelima sejak 25 Julai.

Ujian itu dilakukan di tengah-tengah ketegangan yang memuncak di Semenanjung Korea. Korea Utara telah membantah latihan ketenteraan bersama tahunan AS-Korea Selatan.

Artikel Berkaitan:

Pada Khamis, Pyongyang memberi amaran bahawa Korea Selatan akan menerima padah kerana mengadakan latihan itu.

Pada Jumaat, Presiden AS Donald Trump, yang terlibat dalam rundingan pembasmian senjata Nuklear dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un berkata, beliau telah menerima surat daripada Kim, yang menyatakan bahawa pemimppin Korea Utara itu tidak suka latihan itu diadakan. - Bernama