Korea Utara lancar dua lagi peluru berpandu

Peluru berpandu itu dilancarkan berhampiran timur laut bandar Hamhung.
Peluru berpandu itu dilancarkan berhampiran timur laut bandar Hamhung.
A
A
A

NEW YORK - Korea Utara pada Sabtu (waktu tempatan) melancarkan dua lagi peluru berpandu yang tidak dapat dikenal pasti ke arah Laut Timur, lapor agensi berita China memetik laporan agensi berita Korea Selatan Yonhap.

Yonhap melaporkan bahawa Ketua Turus Bersama (JCS) Korea Selatan berkata, peluru berpandu itu dilancarkan berhampiran timur laut bandar Hamhung.

JCS berkata, pihak tentera kini memantau situasi itu untuk melihat sama ada terdapat pelancaran tambahan dan pada masa sama, bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan. - Bernama

Artikel Berkaitan: