70 buah sekolah terjejas akibat ribut

70 sekolah rendah dan menengah alami kerosakan
70 sekolah rendah dan menengah alami kerosakan
A
A
A

ALOR SETAR - Kira-kira 70 sekolah rendah dan menengah di Kedah mengalami kerosakan di bahagian bumbung dan siling akibat dibadai ribut, malam tadi.

Exco Pendidikan Negeri, Dr Salmee Said berkata, sebanyak 16 sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Muda/Yan terkesan akibat ribut itu.

Antaranya, Sekolah Kebangsaan (SK) Langkasuka, SK Sungai Daun Tengah, SK Batu Hampar, SK Sungai Pasir dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Kuala Muda.

"Turut terkesan, SK Bukit Meriam, SK Kota Kuala Muda, SMK Pekula Jaya, SK Haji Sulaiman, SK Guar Chempedak dan SMK Agama Yan.

"Manakala, tiga sekolah iaitu SK Pedu, SMK Lubuk Merbau dan SK Bukit Tembaga di Padang Terap turut mengalami kerosakan akibat ribut," katanya.

70 sekolah rendah dan menengah alami kerosakan.
70 sekolah rendah dan menengah alami kerosakan.

Menurutnya, 20 sekolah lagi di daerah Kota Setar, diikuti Kulim/Bandar Baharu (12), Kubang Pasu (6), Baling (4), Pendang (3) juga dilaporkan mengalami kerosakan.

"Turut dilaporkan, kes pokok tumbang dan bumbung tercabut di Kuarters Guru Kuah, Langkawi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Manakala, Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Dan Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah memaklumkan sebanyak 11 daerah melibatkan 67 mukim di Kedah terjejas akibat hujan beserta angin kencang malam tadi.

Setakat jam 11 pagi tadi, dua daerah iaitu Pokok Sena dan Baling dikesan turut terjejas akibat kejadian itu berbanding lapan daerah malam tadi.

Setakat ini, daerah terlibat Langkawi, Kubang Pasu, Pendang, Kota Setar,Padang Terap, Sik, Kuala Muda, Yan, Pokok Sena dan Baling.