Agong berangkat ke majlis santapan tengah hari bersama Sultan Selangor

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kanan) melambai tangan ke arah jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri), hari ini. - Foto BERNAMA

A
A
A

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Tengah hari bersama Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Kayangan, di sini hari ini.

Seri Paduka berangkat ke majlis berkenaan sebaik selesai menunaikan solat Jumaat bersama Sultan Sharafuddin di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Turut berangkat ke majlis santapan itu ialah Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Hadir sama Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Terdahulu, Seri Paduka dan Sultan Sharafuddin berkenan untuk bertukar-tukar cenderamata sempena majlis berkenaan.- Bernama

Artikel Berkaitan: