'TH cemerlang kerana usaha petugasnya'

Tan Sri Md Nor Yusof
Tan Sri Md Nor Yusof
A
A
A

MAKKAH - Kecemerlangan pengendalian operasi dan perkhidmatan haji yang dilaksanakan Lembaga Tabung Haji (TH) sehingga namanya dikenali di seluruh dunia adalah kerana usaha keras petugasnya terutama ketika musim haji.

Pengerusinya, Tan Sri Md Nor Yusof berkata tanggungjawab yang dipikul setiap petugas TH menyantuni dhuyufurrahman atau tetamu ALLAH adalah suatu anugerah besar daripada Allah dan diharap petugas menjadikannya sebagai suatu jihad untuk menyumbang kepada ibadat haji itu sendiri.

Beliau berkata, niat baik petugas TH itu seharusnya diteruskan bagi memastikan kesinambungan TH menyantuni dhuyufurrahman dengan perkhidmatan terbaik saban tahun.

"Saya secara peribadi cemburu dengan saudara saudari sekalian yang terpilih menyantuni dhuyufurrahman kita di tempat paling suci ini, tentunya saudara saudari diduga dengan pelbagai dugaan yang sukar untuk dijelaskan dan saya harap anggaplah ia sebagai suatu jihad.

"Perancangan kita amat teratur dan disegani oleh semua menjadi suatu kebanggaan yang mana anda semua (petugas) perlu rasa bangga kerana kita berhak (mendapatkannya)," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Pengerusi TH Bersama Petugas di Abraj Janadryiah, di sini hari ini.

Musim haji tahun ini menyaksikan 30,200 jemaah haji Malaysia bakal mengerjakan rukun Islam kelima itu dibantu 640 petugas TH.- Bernama

Artikel Berkaitan: