Sepasang kekasih diberkas miliki pil yaba

Mohd Taufik (dua dari kanan) menunjukkan pil yaba yang ditemui bersama suspek dalam dua serbuan.
Mohd Taufik (dua dari kanan) menunjukkan pil yaba yang ditemui bersama suspek dalam dua serbuan.
A
A
A

GUA MUSANG - Sepasang kekasih diberkas polis bersama 857 biji pil yaba yang disorok dalam kereta dalam serbuan di Jalan Bandar Utama, di sini Sabtu lalu.

Kedua-dua suspek berusia 29 dan 20 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, selepas risikan hasil daripada maklumat orang awam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, hasil pemeriksaan lanjut turut menemui satu plastik air ketum dan 35 biji pil yaba lagi dalam pemuka kereta jenis Proton Preve yang dipandu suspek.

Menurutnya, rampasan yang dianggarkan bernilai RM17,140 itu dijual untuk pasaran di sekitar daerah Gua Musang terutamanya di Jeram Tekoh dan Perasu.

"Suspek lelaki terbabit mempunyai lima rekod lampau dan ini merupakan tangkapan keenam manakala wanita yang beralamat di Aring itu baharu pertama kali ditahan.

"Ujian saringan air kencing kedua-dua suspek negatif dan direman sehingga 9 Ogos ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya dalam sidang akhbar di IPD Gua Musang pagi tadi.

Selain itu, pada 2 Ogos lalu, pihak polis juga turut berjaya menahan seorang lelaki berusia 44 tahun di Kampung Lebur, Kuala Betis, dalam satu serbuan pada jam 2 pagi.

Tambah Mohd Taufik, hasil pemeriksaan menemui lapan keratan pil yaba yang mengandungi 390 biji bernilai RM7,800.

Artikel Berkaitan:

"Suspek mempunyai empat rekod lampau dan ujian saringan air kencing mendapati positif dadah jenis methamphetamine.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39A (2) ADB 1952," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Taufik memberitahu, seramai 65 individu diberkas dalam Op Ice Breaker yang diadakan secara serentak di seluruh negara sepanjang tempoh 29 Julai hingga 4 Ogos.

"Dalam tempoh empat hari, kita berjaya membuat tangkapan atas beberapa kesalahan termasuk 50 daripadanya adalah di bawah Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952.