Jangan jadi pencuri daging korban

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

AHAD ini seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Haji.

Walaupun ia tidak semeriah Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha ada keistimewaan dan keberkatan tersendiri.

Menurut sejarah, perayaan ini disambut sempena dengan peristiwa ibadah korban yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS terhadap anaknya, Nabi Ismail AS.

Lembu dan kerbau menjadi haiwan yang paling banyak dikorbankan diikuti kambing.

Lebih seronok apabila ibadah korban ini dilakukan secara gotong-royong ketika menyembelih, melapah, memotong dan sebagainya.

Cuma Merak Jalanan nak pesan supaya janganlah berlaku penyeksaan terhadap haiwan-haiwan yang akan dikorbankan itu. Kadangkala ia berlaku tanpa disedari.

Antaranya duduk di atas haiwan tersebut, menindih badannya dengan pelbagai jenis kayu, menjatuhkannya dengan kasar dan lebih kejam lagi melapahnya sebelum ia benar-benar mati.

Bila bercerita tentang pengurusan korban pula, Merak Jalanan nak ingatkan supaya janganlah ada orang mencuri daging korban ataupun bahagian korban. Merak Jalanan banyak kali perhatikan, setiap kali lembu disembelih pasti ekornya lesap.

Artikel Berkaitan:

Tidak tahu ke mana hilangnya.

Ada pula yang mengambil daging batang pinang atau tulang selangka melebihi daripada sepatutnya. Daging yang baik-baik dia kebas dulu!

Berhati-hatilah supaya usaha membantu kerja menyembelih haiwan korban yang sepatutnya mendapat pahala, bertukar kepada dosa gara-gara mengambil hak orang lain.

Sepatutnya minta izin dahulu daripada tuan empunya korban. Perbuatan mengambil daging korban tanpa kebenaran adalah haram hukumnya. Perbuatan itu tidak ubah seperti mencuri.