Pas sedia isytihar harta kepada SPRM

Mohd Amar (dua dari kiri) bertanya mengenai perkhidmatan disediakan dalam Rumah Ronald McDonald.
Mohd Amar (dua dari kiri) bertanya mengenai perkhidmatan disediakan dalam Rumah Ronald McDonald.
A
A
A

KOTA BHARU – Pas sedia mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya terdapat peraturan yang perlu dipatuhi khususnya melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Naib presidennya, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, pihaknya tiada sebarang masalah untuk bekerjasama jika ia ditetapkan sebagai satu peraturan.

Bagaimanapun, beliau bersetuju sekiranya pengisytiharan itu hanya dibuat kepada pihak berkuasa tanpa didedahkan kepada umum.

"Kalau ada peraturan kita kena terima, cuma pandangan saya supaya pengisytiharan itu dibuat kepada kerajaan sahaja dan tidak didedahkan kepada orang ramai.

“Kalau dedah kepada orang ramai, kita takut jadi masalah (jenayah) tetapi isytihar kepada pihak berwajib, tiada masalah.

"Ia bukan satu isu pun, macam Exco kerajaan negeri pun kita isytihar kepada Menteri Besar,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau hadir merasmikan Rumah Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya mengenai syor mewajibkan pengisytiharan harta oleh semua ADUN adalah perlu bagi mengelak perbuatan rasuah di negeri-negeri.

Latheefa juga mendakwa, langkah tersebut amat penting kerana kemungkinan besar di setiap negeri ada lombong, pelesenan, tanah pertanian serta alam sekitar (pembalakan) yang berisiko menjadi lubuk rasuah.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, dakwaan Latheefa yang mengatakan kemungkinan wujud lubuk rasuah itu sebagai tidak benar.

“Alasan itu tidak betul, saya tidak setuju. Kalau setakat nak kawal, tidak jadi masalah, tapi jangan pula tuduh," katanya.