Kereta terbabas langgar tembok

Al-Sultan Abdullah membantu mangsa kemalangan yang berlaku di jalan susur pintu utama Istana Negara ke Jalan Tuanku Abdul Halim pagi tadi.
Al-Sultan Abdullah membantu mangsa kemalangan yang berlaku di jalan susur pintu utama Istana Negara ke Jalan Tuanku Abdul Halim pagi tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang wanita gagal mengawal kereta yang dipandunya lalu terbabas dalam kejadian di jalan susur dari arah Istana Negara menghala ke pusat bandar pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifly Yahya berkata, kejadian berlaku jam 9.15 pagi melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu seorang wanita.

"Siasatan awal dijalankan mendapati mangsa sedang memandu dari rumahnya di Sungai Buloh menghala ke arah menara Maybank di Jalan Tun Perak.

"Mangsa yang tersalah jalan kemudiannya membuat pusingan U di hadapan pintu Istana Negara," katanya.

Menurutnya, mangsa dipercayai gagal mengawal kereta yang dipandunya lalu terbabas melanggar tembok kiri dan kanan jalan menyebabkan kereta berpusing.

"Ketika kemalangan keadaan trafik tidak sesak dan keadaan jalan basah kerana hujan. Lokasi kemalangan hanya mempunyai satu lorong," katanya.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi menarik perhatian ramai apabila baginda membantu mangsa kemalangan tersebut.

Menerusi satu video yang dimuat naik melalui Instagram Istana Negara, kelihatan Al-Sultan Abdullah dan anakanda baginda, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah menuruni kenderaan rasmi baginda untuk memeriksa keadaan dan bertanya khabar pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Baginda kemudiannya dilaporkan meneruskan perjalanan ke Muzium Diraja untuk merasmikan Pameran Raja Kita.

Sebelum ini pada 26 Jun lalu, Yang di-Pertuan Agong menarik perhatian rakyat apabila baginda membantu mangsa kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke Mesyuarat Pra-Kabinet di Putrajaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong sekali lagi bantu mangsa kemalangan