Agong sekali lagi bantu mangsa kemalangan

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi menarik perhatian ramai apabila baginda membantu mangsa kemalangan yang berlaku di jalan susur pintu utama Istana Negara ke Jalan Tuanku Abdul Halim di sini sebentar tadi.
Menerusi satu video yang dimuat naik melalui Instagram Istana Negara, kelihatan Al-Sultan Abdullah dan anakanda banginda, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah menuruni kenderaan rasmi baginda untuk memeriksa keadaan dan bertanya khabar kepada pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
Menerusi komen netizen, rata-rata memuji tindakan baginda itu yang disifatkan seorang sultan berjiwa rakyat.
"Tangan Tuanku memegang biji tasbih. Allahuakbar," tulis afiqzambri pula.
ARTIKEL BERKAITAN: Agong bantu mangsa kemalangan di Putrajaya
"Allahuakbar... alhamdulillah kita dikurniakan Agong yang berjiwa rakyat. Dunia dicari akhirat tetap dikejari," komenazimah2409 pula.
"Alhamdulilah Malaysia dihadiahkan dengan seorang Agong yang suka dekatkan diri bersama rakyat...," tulis ymkingsayuti.
Baginda kemudiannya dilaporkan meneruskan perjalanan ke Muzium Diraja untuk merasmikan Pameran Raja Kita.
Sebelum ini pada 26 Jun lalu Yang di-Pertuan Agong menarik perhatian rakyat apabila banginda membantu mangsa kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke Mesyuarat Pra-Kabinet di Putrajaya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -PM lulus peruntukan tambahan RM2.8 juta kepada 14 institut pendidikan Islam Kedah
25 September 2026 11:49pmBelanjawan 2027: Peruntukan usahawan kecil akan ditambah - PM
25 September 2026 08:20pmPMIUM serah memorandum cegah unsur hedonisme dalam minggu orientasi UM
25 September 2026 07:18pmTiada cadangan pertambahan bahagian Pilihanraya Sarawak buat masa ini - SPR
25 September 2026 06:45pm3,494 doktor tinggalkan KKM, MMA mahu Belanjawan 2027 tangani krisis tenaga kerja
25 September 2026 06:34pmAnggota polis cedera dibelasah dua warga Myanmar
25 September 2026 04:00pmHari kiamat jatuh pada November tahun ini?
25 September 2026 06:03pmRM60,000 lesap dalam pesawat, polis buru suspek warga asing
25 September 2026 10:52amNajib mohon tangguh penjara 15 tahun kes 1MDB
25 September 2026 10:26am- Iklan -- Iklan -
