Pas beri kata dua kepada Kit Siang


Mohd Ariff menunjukkan surat jemputan di bangunan tertera tanda DAP negeri di Kampung Bunut Payong hari ini.
Mohd Ariff menunjukkan surat jemputan di bangunan tertera tanda DAP negeri di Kampung Bunut Payong hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Penasihat DAP, Lim Kit Siang diminta tidak mengeluarkan ‘suara sumbang’ terhadap pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik sekiranya didapati tidak hadir di Jelajah Dakwah di Stadium Sultan Muhammad IV pada 7 hingga 10 Ogos ini.

Mohd Ariff
Mohd Ariff

Ketua Pemuda Pas Kelantan, Mohd Ariff Abdullah berkata, ini kerana terlalu banyak peluang diberi kepada DAP untuk meluahkan hujah terhadap penceramah antarabangsa itu dan siri jelajah ini merupakan antara peluang yang perlu diambil oleh pemimpin DAP berkenaan.

“Beliau boleh membawa seramai mana penyokong ke program itu bagi membuktikan dakwaan mereka terhadap Zakir Naik.

“Kami mahu mereka hadir dan berhujah dengannya dan jika beliau (Zakir Naik) berjaya membuktikan beliau bukan seorang ekstremis sebagaimana dituduh, DAP tidak boleh lagi bersuara sumbang atau mengeluarkan kenyataan terpesong terhadapnya,” katanya pada sidang akhbar penyerahan salinan surat jemputan di bangunan tertera tanda DAP negeri di Kampung Bunut Payong hari ini.

Bagaimanapun tiada wakil DAP hadir untuk menerima surat jemputan berkenaan kerana pejabat di tingkat satu itu tidak lagi digunakan sebagai pejabat rasmi DAP negeri dan dipercayai tidak beroperasi selepas Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) lalu.

Mohd Ariff berkata, jemputan ini dihantar bagi memastikan pimpinan DAP tidak lagi memberi alasan untuk menyatakan mereka tidak menerima jemputan.

Menurutnya, kehadiran pimpinan DAP akan membuktikan mereka tidak anti Islam, sesuai dengan prinsip parti itu yang dikatakan mengamalkan demokratik.

Artikel Berkaitan:

Sabtu lalu, Kerajaan Pas Kelantan menjemput Kit Siang berbahas sendiri dengan Dr Zakir Naik di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV pada 9 Ogos ini.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, kerajaan negeri sanggup menanggung semua kos pengangkutan, penginapan makan dan minum Kit Siang di sini.