Rompakan terancang larikan barang kemas RM1 juta

Rompakan terancang, sebuah lori digunakan untuk merempuh dua kenderaan yang membawa barang kemas bernilai RM1 juta hari ini.
Rompakan terancang, sebuah lori digunakan untuk merempuh dua kenderaan yang membawa barang kemas bernilai RM1 juta hari ini.
A
A
A

IPOH - Hanya dalam tempoh lima minit, empat lelaki bertopeng bersenjatakan parang berjaya melarikan barang kemas bernilai lebih RM1 juta milik seorang ahli perniagaan dalam kejadian rompakan terancang di Jalan Chin Hwa di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, suspek yang menaiki ‘kepala lori’ bertindak merempuh kedua-dua kereta yang dipandu dua pekerja berusia 30-an itu sebelum melarikan empat beg yang mengandungi barang berharga berkenaan.

Dua pacuan empat roda yang membawa barang kemas milik majikan telah dilarikan ketika melalui Jalan Chin Hwa awal pagi tadi.
Dua pacuan empat roda yang membawa barang kemas milik majikan telah dilarikan ketika melalui Jalan Chin Hwa awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, berdasarkan siasatan dua pekerja terbabit menaiki kereta jenis pacuan empat roda Mitsubishi Pajero Sport dan Toyota Fortuner ditugaskan untuk menghantar barang kemas itu ke Kelantan.

“Mereka membawa barang kemas dari rumah majikan berhampiran untuk pasaran di Kelantan. Ketika melalui jalan ini, kedua-dua kereta terbabit dilanggar oleh sebuah lori yang dinaiki dua suspek.

“Rempuhan itu menyebabkan kedua-dua kenderaan tersebut remuk. Dua suspek lain menaiki kenderaan lain yang sedang dikenal pasti. Suspek kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan tersebut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

Anuar ketika ditemui pemberita akan menggerakan semua elemen polis bagi memburu suspek.
Anuar ketika ditemui pemberita akan menggerakan semua elemen polis bagi memburu suspek.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati lori berkenaan telah dilaporkan dicuri di Klang, Selangor hari ini.

Artikel Berkaitan:

“Salah seorang mangsa cedera akibat terkena serpihan kaca dalam insiden itu telah dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

“Kita akan meneliti rakaman kamera litar tertutup di sepanjang lokasi bagi mengenalpasti kenderaan yang terlibat dan semua elemen yang kita ada digerakkan untuk mengesan kesemua suspek,” katanya.

Anuar berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.