Kes kelar kilang pau: Suspek direman 7 hari

Suspek (tiga dari kanan) dibawa ke Cawangan Mahkamah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda hari ini.
Suspek (tiga dari kanan) dibawa ke Cawangan Mahkamah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda hari ini.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki warga Myanmar direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh rakan sekerja dalam kejadian di kilang membuat kuih pau, dekat Taman Bunga Raya semalam.

Suspek berusia 30-an dibawa ke Cawangan Mahkamah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di Kompleks Mahkamah Sungai Petani kira-kira jam 10 pagi tadi.

Permohonan reman dibenarkan Penolong Pendaftar, Dalilah Ismail bagi menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja kilang pau maut dikelar rakan sekerja

Semalam, seorang lelaki ditemukan dalam keadaan terbaring di bahagian dapur rumah kedai terbabit dengan kesan kelar di leher.

Pemeriksaan ke lokasi kejadian menemui pisau pemotong daging di kaki kipas angin dalam premis sama.

Hasil siasatan awal mendapati berlaku pergaduhan antara suspek dan rakan senegaranya itu berpunca apabila mangsa menuntut wang RM500 yang dicuri, dipulangkan.

Kejadian disedari oleh majikan yang datang semula ke kilang terbabit selepas waktu rehat lebih kurang jam 1.30 petang.

Artikel Berkaitan:

Suspek bagaimanapun berjaya dikesan pihak polis berada di stesen bas ekspres tiga jam kemudian, sebelum ditahan bagi membantu siasatan.