Jangan melenting jika Amanah dilabel 'ekor' DAP

Mohd Khairuddin
Mohd Khairuddin
A
A
A

KUALA NERUS - Pas menyarankan agar ahli Parti Amanah Negara (Amanah) tidak melenting sekiranya parti mereka dilabelkan sebagai 'ekor' DAP berdasarkan sokongan ditunjukkan pemimpin parti berkenaan.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, sokongan pemimpin parti Amanah terhadap DAP nyata dan jelas serta rakyat juga dapat melihatnya sendiri.

"Ahli Amanah jangan marah sekiranya mereka dilabel sebagai ekor DAP. Memang nyata dan jelas disaksikan oleh rakyat betapa pimpinan Amanah akan sentiasa mempertahankan DAP.

"Cuba tengok berita terkini, menteri agama pertahankan DAP dalam isu seni khat dan tulisan jawi. Yang berdemo ialah (bangsa) Cina, pendokong DAP, yang membuat bantahan rasmi terhadap tulisan Jawi (pula) adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, tapi yang nak dipersalahkan ialah Pas dan UMNO," katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya hari ini.

Mohd Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus memberi respon selepas merujuk kepada kenyataan terbaharu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkaitan isu bantahan penggunaan tulisan jawi dan seni khat.

Khairuddin mempersoalkan sikap Mujahid mengaitkan pemimpin Pas dan UMNO dalam isu tersebut yang sepatutnya Naib Presiden Parti Amanah itu menasihati dan menegur pemimpin DAP.

"Kenapa tidak si menteri agama ini menasihati dan menegur DAP. Demikianlah ekor akan mengikut kepalanya. Janganlah marah kerana itu memang hakikat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Tulisan jawi: UMNO, Pas jangan cari modal politik

Artikel Berkaitan: