18 nelayan dicekup positif dadah

Sebahagian daripada 18 nelayan tempatan ditahan dalam operasi bersama APMM Zon Maritim Kuala Kedah dan AADK Daerah Kota Setar di perairan Kuala Kedah semalam.
Sebahagian daripada 18 nelayan tempatan ditahan dalam operasi bersama APMM Zon Maritim Kuala Kedah dan AADK Daerah Kota Setar di perairan Kuala Kedah semalam.
A
A
A

KUALA KEDAH - Seramai 18 nelayan tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam operasi di perairan Kuala Kedah di sini semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, seramai 30 nelayan menjalani saringan air kencing dalam operasi bermula jam 10 pagi hingga 5 petang itu.

Menurutnya, 18 daripadanya didapati positif dadah jenis heroin dan syabu dalam operasi melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kedah dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kota Setar itu.

“Susulan itu, kesemua nelayan yang didapati positif dadah dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut oleh pihak AADK.

"Operasi dilaksanakan bagi membasmi penagihan dan penyalahgunaan dadah dalam kalangan nelayan di sekitar kawasan terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mahmad Faizal berkata, pihaknya turut melaksanakan operasi bersama tersebut dalam usaha mencegah pelakuan jenayah maritim lain.

Katanya, operasi itu juga bertepatan dengan Projek Rintis AADK dalam menangani masalah sosial.

"Kita tidak akan berkompromi terhadap aktiviti yang melanggar undang-undang perairan negara.

Artikel Berkaitan:

"Jadi, orang ramai yang memiliki sebarang maklumat mengenai penyalahgunaan dadah dan sebarang aduan di laut diminta menghubungi talian 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579," katanya.