TMJ kurnia watikah tauliah kepada 1,560 pegawai Palapes

Tunku Ismail ketika memeriksa perbarisan pegawai kadet Palapes yang bakal ditauliahkan di Dataran Alumni Universiti Teknologi Malaysia di sini hari ini.
Tunku Ismail ketika memeriksa perbarisan pegawai kadet Palapes yang bakal ditauliahkan di Dataran Alumni Universiti Teknologi Malaysia di sini hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Awam Ke-38, hari ini.

Istiadat berlangsung di Dataran Dewan Alumni Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu melibatkan 16 detasemen dari 18 universiti awam dan Akademi Laut Malaysia (Alam).

Dalam istiadat sama, Tunku Ismail turut berkenan mencemar duli menerima tabik hormat diraja dan memeriksa perbarisan kadet Palapes yang bakal ditauliahkan.

Baginda turut berkenan menyampaikan Anugerah Pegawai Kadet Terbaik kepada 34 pegawai kadet terpilih dan mengurniakan watikah tauliah kepada 1,560 pegawai kadet pada istiadat tersebut.

Daripada jumlah 1,560 berkenaan, 881 ialah pegawai kadet Tentera Darat Malaysia (TDM), 330 pegawai kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan 349 pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Kesemua mereka menerima penganugerahan itu selepas berjaya menamatkan latihan ketenteraan bagi tempoh tiga tahun di setiap institusi pengajian tinggi masing-masing.

Istiadat pentauliahan Palapes diadakan setiap tahun sebagai inisiatif berterusan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pendidikan dalam memperkasakan Pasukan Simpanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Artikel Berkaitan: