Malaysian Tigers berjaya jinakkan Sepanyol

Gambar fail Malaysian Tigers ketika menjalani latihan. - Foto Bernama
Gambar fail Malaysian Tigers ketika menjalani latihan. - Foto Bernama
A
A
A

PASUKAN hoki negara berjaya menebus kekecewaan dengan menundukkan pasukan Sepanyol 4-3 dalam saingan Kejohanan Jemputan Empat Negara, malam tadi.

Terdahulu, Malaysian Tigers kalah tipis kepada pasukan yang berada di ranking kesembilan dunia itu 0-1 pada aksi kedua perlawanan ujian dalam Siri Jelajah Eropah.

Pada awal aksi di Terrassa, Sepanyol itu, anak didik ketua jurulatih Roelant Oltmans ketinggalan dua mata apabila pasukan lawan melalui Xavi Lleonart membuka jaringan sebaik sahaja 10 minit perlawanan bermula manakala Albert Beltran mengandakan jaringan pada minit ke-24.

Tersentak dengan kemaraan Sepanyol, penyerang negara Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil membuat jaringan sudut penalti seminit kemudian untuk merapatkan kedudukan dengan keputusan 1-2 sebaik berakhir separuh masa pertama.

Enam minit selepas masuk babak kedua (minit ke-36), pemain Sepanyol Alvaro Iglesias menambah bilangan gol dengan melakukan jaringan padang.

Ternyata pasukan negara tidak berdiam diri apabila ketinggalan 1-3, pemain tengah negara Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi melakukan pukulan sudut penalti pada minit ke-49 seterusnya pemain penyerang, Mohamad Akhimullah Anuar Esook menyamakan jaringan gol pada minit ke-60 melalui gol padang.

Manakala, pemain pertahanan Muhammad Razie B. Abd Rahim menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan melalui pukulan sudut penalti yang berakhir dengan keputusan 4-3. - Bernama

Artikel Berkaitan: