Tonik baharu Harimau Malaya

Baddrol Bakhtiar & J Partiban
Baddrol Bakhtiar & J Partiban
A
A
A

PENGENDALI Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe sedia membuka pintu kepada kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar dan pemain sayap lincah Perak, J Partiban mengikuti kem latihan pusat menjelang Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 5 dan 10 September depan.

Partiban yang terkenal dengan gelaran Kinta Express dalam kalangan penyokong The Bos Gaurus telah menampilkan prestasi cemerlang sepanjang saingan Liga Super musim ini sehingga berjaya memukau Cheng Hoe ketika aksi final Piala FA menentang Kedah di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu lalu.

“Ramai yang mengatakan Partiban bermain begitu baik dan saya juga nampak (aksi cemerlang Partiban). Bukan pada final Piala FA sahaja, malahan dalam liga (Liga Super) juga dia bermain agak konsisten,” kata Cheng Hoe.

Pada masa sama, Cheng Hoe tidak menolak kemungkinan untuk kembali menyenaraikan Baddrol bersama Harimau Malaya selepas kapten skuad Lang Merah itu diketepikan dalam beberapa tugasan antarabangsa.

“Bagi saya, Baddrol juga bermain dengan begitu baik. Setiap pemain yang berpotensi, tidak kira pemain muda atau senior, semua akan diberi peluang jika bersesuaian dengan (corak permainan) pasukan,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: