JAS Kedah kesan acrolein dalam semburan racun

Operasi dibantu Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia semalam.
Operasi dibantu Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia semalam.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Hasil pemantauan Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesan acrolein sebagai salah satu pencemar di tapak lokasi pencemaran di ladang kelapa sawit dekat Kampung Baru, Bedong.

Exco Alam Sekitar, Simon Ooi Tze Min berkata, acrolein adalah salah satu bahan yang digunakan dalam racun herbicide atau racun rumpai dalam sektor perladangan.

Menurutnya, siasatan awal mengesyaki terdapat pencemaran bau berpunca daripada kawasan kebun penanaman kelapa sawit berjarak anggaran 400 hingga 500 meter dari rumah penduduk.

"Masyarakat diminta tidak panik kerana ia kes terpencil. Bagaimanapun, saya suka ingatkan agar semua pihak ambil langkah berjaga-jaga dan berhati-hati dalam membuat semburan racun perosak, ikut prosedur semburan dan penggunaan racun yang disarankan pengeluar," katanya.

Kesan ke atas tumbuhan dipercayai terkena semburan cecair dipercayai racun.
Kesan ke atas tumbuhan dipercayai terkena semburan cecair dipercayai racun.

Beliau berkata demikian kepada pemberita berhubung aduan pencemaran bau yang dilaporkan berlaku di ladang berkenaan, semalam.

Susulan aduan terbabit, satu operasi telah dilaksanakan dibantu Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah di lokasi tapak semalam.

Difahamkan, operasi yang bermula kira-kira 4.56 petang itu berakhir lebih kurang 9 malam semalam setelah sampel diambil dari kawasan seluas 148 meter persegi itu.

Artikel Berkaitan:

Menurut Simon, siasatan telah dijalankan termasuk merakam percakapan pemilik kebun selain dilaporkan tiga buah rumah terjejas, melibatkan seorang warga emas dan dua kanak-kanak yang muntah.

Sementara itu, Pengarah JAS Kedah, Tunku Khalkausar Tunku Fathahi mengesahkan telah mengambil sampel tumbuhan yang dipercayai disembur dengan bahan yang disyaki menyebabkan bau kepada penduduk berdekatan.

Katanya, siasatan masih diteruskan dan beliau turut menafikan ia memberi kesan sehingga tahap membahayakan kepada manusia.