Gadis buka pintu pesawat, terjun dari ketinggian lebih 1,000 meter
ANTANANARIVO - Seorang pelajar Universiti Cambridge bertindak diluar jangkaan apabila membuka pintu pesawat ringan ketika berada di ruang udara Madagascar.
Akibatnya, mangsa jatuh dari ketinggian lebih 1,130 meter dan dipercayai telah meninggal dunia.
Polis tempatan mengesahkan kejadian mengerikan itu berlaku pada 25 Julai lalu, ketika Alana Cutland, 19, pulang dari sebuah kawasan terpencil selepas mengkaji spesis ketam jarang dijumpai.
Penyiasat berkata, gadis tersebut mengalami lima serangan paranoia ketika menjalankan kajian yang dibiayainya sendiri.
Kajian tersebut dikatakan gagal.
Alana dipercayai bergelut selepas cuba dihalang dengan satu-satunya penumpang pesawat berkenaan, Ruth Johnson selama beberapa minit sebelum berjaya melepaskan diri.
Polis dan penduduk tempatan melancarkan operasi mencari Alana di rantau Analalava, namun peluang menemui mayatnya tipis disebabkan kawasan berkenaan sukar diakses serta terletak jauh di pedalaman.
Malah, mayat Alana mungkin telah dibaham haiwan liar.
"Pesawat Cessna C168 berlepas dari Anjajavy dengan dengan individu iaitu Alana, Ruth dan juruterbang.
"Selepas 10 minit pesawat di udara, Alana membuka tali pinggang kaledar dan cuba melompat keluar.
"Cik Ruth menahannya selama lima minit namun terpaksa melepaskan gadis terbabit kerana kepenatan.
"Alana jatuh di zon yang dipercayai dipenuhi haiwan pemangsa" kata ketua polis tempatan, Sinola Nomenjahary.
Alana dijadual menjalankan kajiannya selama enam minggu, namun memendekkannya kepada lapan hari selepas bercakap dengan kedua ibu bapanya, Alison dan Neil Cutland. - TheSun
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!