Bapa Zulfarhan sujud syukur

Zulkarnain Idrus, bapa kepada Arwahyarham Zulfarhan Osman, Pegawai Kadet Laut UPNM berdoa selepas melakukan sujud syukur di hadapan pintu masuk Mahkamah Sesyen Jenayah 2, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. - FOTO ZAHID IZZANI Gambar kecil: Zulfarhan

A
A
A

KUALA LUMPUR - Sujud syukur dan tangisan hiba seorang ayah yang memperjuangkan keadilan untuk Allahyarham anaknya yang mati dipercayai akibat dibuli bergema di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Selepas dua tahun, mahkamah memutuskan 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terlibat dalam kematian Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain untuk membela diri.

Zulkarnain Idrus, 55, yang berasa syukur dengan secara spontan melakukan sujud sebaik sahaja keluar dari bilik Mahkamah Jenayah Seksyen 2 di sini hari ini.

“Saya bersyukur kepada ALLAH SWT kerana bagi keputusan yang benar. Terima kasih atas doa rakyat malaysia,” katanya ketika ditemui media.

Ibu mangsa, Hawa Osman turut tidak dapat menahan sebak dan mengharapkan kesemua tertuduh mendapat hukuman yang setimpal.

Zulkarnain Idrus, bapa kepada Arwahyarham Zulfarhan Osman, Pegawai Kadet Laut UPNM berdoa selepas melakukan sujud syukur di hadapan pintu masuk Mahkamah Sesyen Jenayah 2. - FOTO ZAHID IZZANI
Zulkarnain Idrus, bapa kepada Arwahyarham Zulfarhan Osman, Pegawai Kadet Laut UPNM berdoa selepas melakukan sujud syukur di hadapan pintu masuk Mahkamah Sesyen Jenayah 2. - FOTO ZAHID IZZANI

“Syukur atas Ilahi. Doa kami dimakbulkan Allah supaya pesalah mendapat pembalasan.

“Pemergian Zulfarhan masih terasa, setiap malam saya akan mendengar suaranya. Bila raya lagi rasa dia tak ada. Saya tak akan lupakan arwah,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, keputusan itu dibuat Hakim Datuk Azman Abdullah selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan.

Media sebelum ini melaporkan Zulfarhan Osman meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017, dipercayai akibat didera selepas dituduh mencuri komputer riba milik rakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: [DIKEMASKINI] Bunuh Zulfarhan: 18 penuntut UPNM dipanggil bela diri, seorang bebas