MB Selangor digesa kembalikan hak penerima skim bantuan rakyat

A'ZLAN
A
A

SHAH ALAM - Gerakan Tuntut Malaysia (Tuntut) menggesa Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari meneruskan semula beberapa skim bantuan bagi mengembalikan semula hak rakyat yang berkelayakan untuk mendapat inisiatif tersebut.

Pengerusinya, A'zlan Abu Bakar berkata, pihaknya kecewa apabila mendapati kebanyakan rakyat negeri ini yang layak tidak lagi tersenarai sebagai penerima skim bantuan daripada kerajaan negeri seperti sebelum ini.

Menurutnya, perkembangan tersebut sekali gus membuktikan kegagalan Amirudin bagi membawa kemajuan negeri sehingga mengundang kesusahan kepada rakyat.

"Gerakan Tuntut Malaysia menzahirkan rasa kekecewaan rakyat yang mana telah menyedari bahawa mereka tidak lagi tersenarai sebagai penerima skim bantuan dari Kerajaan Selangor seperti sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, A'zlan berkata, lebih mengejutkan, Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang bermula semalam turut membahaskan mengenai Enakmen Perbekalan Tambahan yang mengusulkan permohonan peruntukan tambahan daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM123 juta.

Beliau berkata, perkara tersebut menimbulkan persoalan berikutan sejumlah RM2.56 bilion telah diluluskan sebelum ini semasa pembentangan Belanjawan Selangor 2019 lalu.

"Jadi, untuk apa Kerajaan Selangor perlukan peruntukan tambahan ini?

"Lebih menghairankan apabila Kerajaan Selangor turut didapati mempunyai tunggakan bayaran air percuma sebanyak RM40 juta bagi tahun 2018 lalu yang masih belum diselesaikan sehingga kini.

"Sedangkan sejumlah RM80 juta bagi tahun 2019 telah habis digunakan walaupun kita masih berada di pertengahan tahun," katanya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia