Musang pandan sesat dalam rumah

Musang pandan yang tersesat masuk ke dalam sebuah rumah pagi tadi. Foto - FB PBS Saujana Utama
Musang pandan yang tersesat masuk ke dalam sebuah rumah pagi tadi. Foto - FB PBS Saujana Utama
A
A
A

SUNGAI BULOH - Penghuni sebuah rumah di Seri Pristana di sini terkejut apabila seekor musang pandan tersesat masuk ke kediaman mereka pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.54 pagi, haiwan itu memanjat hingga ke alat pendingin hawa rumah berkenaan.

Jurucakap Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Saujana Utama berkata, pihaknya menerima panggilan khidmat khas ancaman musang pandan sebelum anggota PBS bersama sebuah jentera ke lokasi.

"Sebaik terima panggilan daripada orang awam, anggota PBS terus ke lokasi selepas melapor pergerakan kepada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya.

"Musang ini ditangkap menggunakan penyepit dan penjerut sebelum dilepaskan di kawasan selamat," katanya dalam kenyataan dimuat naik dalam Facebook PBS Saujana Utama hari ini.

Artikel Berkaitan: