SPRM siasat penyelewengan di sempadan negara

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil tindakan berhubung pendedahan negara mengalami kerugian sebanyak RM5 bilion akibat kebocoran hasil di pintu masuk negara.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, tindakan sewajarnya akan diambil namun tiada sebarang perincian akan diberikan mengenai operasi dan siasatan mengenai kes tersebut.

"SPRM akan mengambil tindakan sewajarnya namun kami tidak dapat berkongsi apa-apa maklumat berkaitan operasi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini hari ini.

Semalam, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ismail Bakar mendedahkan kebocoran hasil itu disebabkan oleh kecuaian pegawai dan kekurangan serta kelemahan peralatan teknologi yang digunakan untuk memantau dan mengawal pintu sempadan.

Masalah itu turut menyebabkan aktiviti penyeludupan minuman keras dan rokok terus berleluasa.

Selain itu, kerajaan juga mahu memberikan tumpuan berhubung isu integriti membabitkan pegawai yang terbabit dalam penjagaan pintu sempadan negara.

Artikel Berkaitan: