UniSZA, Durham University meterai MoU tingkat kerjasama pendidikan

Maszlee (tengah), Hassan Basri (kiri) dan Stuart menunjukkan MoU yang dimeterai antara UnizSZA dan Durham University.
Maszlee (tengah), Hassan Basri (kiri) dan Stuart menunjukkan MoU yang dimeterai antara UnizSZA dan Durham University.
A
A
A

SHAH ALAM - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Durham University telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk meningkatkan jaringan kerjasama dalam aspek pendidikan.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerjasama itu merangkumi pertukaran maklumat, perkongsian pengalaman, penganjuran persidangan, kolokium, simposium dan pertukaran ahli akademik serta pelajar bagi tujuan penyelidikan.

Katanya, MoU tersebut amat penting memandangkan Durham University memiliki kepakaran dalam bidang kajian manuskrip dan pendigitalan selain memiliki koleksi simpanan manuskrip lama berkaitan tamadun Melayu yang besar.

“Dalam majlis berlangsung di Palace Green Library, Durham University juga turut diadakan penyerahan manuskrip digital Malcolm MacDonald kepada Unisza. Pembelian manuskrip ini amat signifikan dalam usaha UniSZA menubuhkan Pusat Kajian Manuskrip secara dalam talian dan menjadi gedung rujukan kajian manuskrip Islam terbesar di Asia Tenggara.

“UniSZA berhasrat menjaga dan mengkaji lebih 30,000 muka surat manuskrip-manuskrip lama berkaitan tamadun Melayu dengan cara mendigitalkannya sebelum disimpan di Perpustakaan UniSZA," katanya.

Turut hadir dalam majlis MoU berkenaan ialah Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik; Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan; Muhammad Bakhtiar Wan Chik; Naib Canselor Unisza, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Daha; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniSZA, Prof Madya Dr Mohd Afandi Salle serta pegawai daripada UniSZA, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Education Malaysia London.

Hadir sama, Naib Canselor Durham University, Prof Stuart Corbridge.

Dalam pada itu, Dr Maszlee turut dijemput sebagai tetamu kehormat bagi menyampaikan ucaptama di 14th Annual Durham Islamic Finance Summer School yang menyentuh mengenai Role of Education and Research in Islamic Financial Developmnet New Malaysia.

Artikel Berkaitan: