Cincin tersekat di jari, Ning Baizura minta tolong bomba

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI Ning Baizura berdepan detik cemas apabila sebentuk cincin yang dipakai di jari tengah tangan kirinya gagal ditanggalkan sehingga menyebabkan jarinya mula membengkak.

Menerusi perkongsian dalam sebuah video yang dimuat naik di laman Instagramnya malam tadi, kata Ning, dia telah memakai cincin tersebut dalam keadaan yang tergesa-gesa ketika mahu menjayakan sebuah persembahan.

No Image Caption

Menurut Ning atau nama lengkapnya Ning Baizura Sheikh Hamzah, 44, ketika ingin menanggalkan cincin itu, ia telah tersekat dan menyebabkan kesakitan pada jarinya.

“Hari ini adalah hari yang sangat traumatik buat saya. Ketika ingin menjayakan persembahanmalam tadi, saya telah memakai cincin dalam keadaan yang sangat-sangat rushing sebab dah lambat.

No Image Caption



No Image Caption

“Bentuk cincin saya pakai ini agak besar dan ia telah tersekat setelah gagal untuk ditanggalkan sehingga jari tengah saya mula membengkak.

Artikel Berkaitan:

“Saya cuba mencari pelbagai cara di internet termasuk dengan menggunakan sabun dan minyak untuk tanggalkan, tetapi ia masih gagal,” ujar Ning.

Tambah penyanyi Awan Yang Terpilu ini lagi, disebabkan keadaan jarinya yang semakin membengkak, suami dan ibu Ning meminta Ning untuk ke klinik dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

No Image Caption

“Selepas berjumpa doktor, saya disarankan untuk mendapatkan bantuan dari Balai Bomba yang berdekatan dan saya terus bergegas ke Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Baru untuk mengeluarkan cincin tersebut.

No Image Caption

“Syukur alhamdulillah dan terima kasih kepada seluruh pasukan Balai Bomba Pantai Baru kerana telah membantu saya dengan cukup profesional.

“Walaupun ia mungkin nampak seperti perkara kecil sahaja, tetapi mereka sangat baik hati dan memberi bantuan dengan sebaiknya,” luah Ning dalam keadaan yang sebak dan terharu.