Bom disangka besi buruk

Bom lama yang dijumpai di ladang kelapa sawit Blok 12 Felda Air Tawar 4, Khamis lalu berjaya dimusnahkan semalam.
Bom lama yang dijumpai di ladang kelapa sawit Blok 12 Felda Air Tawar 4, Khamis lalu berjaya dimusnahkan semalam.
A
A
A

KOTA TINGGI - Sebutir bom lama yang ditemui di ladang kelapa sawit Blok 12, Felda Air Tawar 4, Khamis lalu berjaya dimusnahkan semalam.

Difahamkan bom berkenaan ditemui pekerja ladang terbabit yang pada awalnya menyangka hanya besi buruk biasa.

Bom yang tertanam di jalan pertanian itu dipercayai timbul di permukaan akibat hakisan.

Proses memusnahkan bom bermula jam 2 petang dilakukan Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan turut dihadiri pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi dan Balai Teluk Sengat.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah ketika dihubungi mengesahkan penemuan bom tersebut.

Artikel Berkaitan: