Ubah strategi kepada tanaman lebih menguntungkan

Abdul Fattah ketika berucap di majlis perasmian mesyuarat agung perwakilan kali ke 8 di Dewan mesyuarat PPK MADA F-IV Sungai Limau Dalam hari ini.
Abdul Fattah ketika berucap di majlis perasmian mesyuarat agung perwakilan kali ke 8 di Dewan mesyuarat PPK MADA F-IV Sungai Limau Dalam hari ini.
A
A
A

YAN - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menyarankan Konsortium Koperasi Tanaman Padi Kedah mengubah strategi kepada tanaman lain yang lebih menguntungkan berikutan hasil komoditi padi yang kurang memberangsangkan.

Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, antara tanaman yang menjadi fokus Konsortium Koperasi Tanaman Padi Kedah ialah jagung, halia dan cili.

Katanya, negara kini mengimport jagung bernilai kira-kira RM3 billion bagi keperluan makanan ternakan dan sehingga kini kementerian menyasarkan 4,000 hektar keluasan bagi tanaman jagung ini.

"Insya-ALLAH Angkasa akan mencari jalan bagi meningkatkan tanaman jagung ini dan kita harap dengan projek tanaman jagung ini kita dapat membantu mengurangkan keperluan jagung untuk makanan ternakan dalam negara," katanya ketika sidang media selepas mesyuarat agung perwakilan kali ke 8 di Dewan mesyuarat PPK MADA F-IV Sungai Limau Dalam hari ini.

Menurut Abdul Fattah, pihak Konsortium Koperasi Tanaman Padi Kedah telah mula menanam jagung seluas 6.89 hektar dan bakal memperluaskan sebanyak 12 hektar menjadikan jumlah keluasan tanaman 18.89 hektar buat ketika ini.

"Pihak Angkasa akan membantu konsortium dari segi keperluan kewangan di mana peruntukkan masih berbaki RM200,000," katanya.

Abdul Fattah menyeru koperasi di Kedah agar terlibat dalam penanaman jagung memandangkan kesesuaian tanah dan permintaan yang tinggi bagi produk tersebut.

"Tanaman jagung berkenaan juga akan dijamin pembelian dengan kerjasama agensi tertentu bagi tujuan pemasaran," katanya.

Artikel Berkaitan: