Wanita cedera diragut

Orang ramai membantu mangsa.
Orang ramai membantu mangsa.
A
A
A

KAJANG – Polis menerima laporan berhubung kejadian ragut seorang wanita di Bandar Mahkota Cheras, Sungai Long, di sini, tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superitendan Mohd Sabri Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang wanita berusia 39 tahun pada jam 4 petang.

“Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku semalam pada jam 11.00 malam, mangsa bersama rakan-rakannya baharu selesai makan di sebuah restoran.

“Ketika kejadian, mangsa seorang diri berjalan kaki menuju ke kereta, tiba-tiba dua lelaki yang menaiki sebuah motosika datang dari arah belakang telah meragut beg tangan mangsa,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian terjatuh serta mengalami kecederaan luka di kepala dan calar di siku.

“Mangsa telah mendapat rawatan pesakit luar di hospital swasta di Jalan Ampang,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu, boleh berhubung menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Sallena Mhd Sallehudin ditalian 0176424007.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Sebuah rakaman video berdurasi 5 saat telah tular melalui Aplikasi WhatsApp dan Facebook memaparkan satu kejadian ragut terhadap mangsa seorang perempuan dalam keadaan terbaring dibantu oleh orang ramai.