X

Kindly register in order to view this article
!

Pusat hiburan digempur, GRO Thailand ditahan

Antara yang ditahan dalam Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Kota Damansara Petaling Jaya di sini tengah malam tadi.
A
A

PETALING JAYA - Sebuah pusat hiburan terletak di Kota Damansara di sini yang dipercayai menggajikan gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing untuk menarik pengunjung digempur.

Operasi Ops Noda kira-kira jam 12 tengah malam tadi itu dijalankan sepasukan polis Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hasil maklumat dan risikan.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Azmi Shukor berkata, semasa serbuan, rata-rata GRO terbabit sedang leka melayan pelanggan minum dan berhibur.

"Dalam operasi ini, seramai 39 wanita warga Thailand disyaki GRO berjaya dicekup.

"Pemeriksaan mendapati kesemua mereka memasuki negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati, premis terbabit menyediakan selempang berharga RM100 hingga RM500 kepada pelanggan bagi meraih perhatian GRO berkenaan.

Tambahnya, turut ditahan adalah dua pekerja warga Bangladesh serta dua penjaga premis warga tempatan.

Difahamkan, premis ini pernah diserbu, namun masih berani beroperasi secara haram menjalankan kegiatan tersebut.

"Kesemua yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 30an itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk tindakan lanjut," katanya.