Subjek Kesultanan Islam Johor bermula tahun depan

Tosrin (tengah) menyampaikan Anugerah Imam As Syatibi 2019 kepada Muhammad Zaid Harithah Azeman (kanan) pada Majlis Khatam Hafazan Al-Quran sesi 2019 di Marsah sambil diperhatikan Abdul Ghafar (kiri).
Tosrin (tengah) menyampaikan Anugerah Imam As Syatibi 2019 kepada Muhammad Zaid Harithah Azeman (kanan) pada Majlis Khatam Hafazan Al-Quran sesi 2019 di Marsah sambil diperhatikan Abdul Ghafar (kiri).
A
A
A

JOHOR BAHRU - Subjek Kesultanan Islam Johor bakal diperkenalkan dalam sukatan pelajaran di sekolah agama di negeri ini mulai tahun depan.

Exco Hal Ehwal Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar, Tosrin Jarvanthi berkata, subjek berkenaan diperkenal di semua sekolah agama di negeri ini bagi menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dengan kerjasama Kolej Pengajian Islah Johor (Marsah) dan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ).

"Silibus Kesultanan Islam Johor ini diperkenal di sekolah agama Johor pada tahun depan yang akan dimulakan kepada murid darjah satu, dua dan tiga.

"Kemudian diikuti darjah empat, lima serta enam pada tahun 2021 dan tahun berikutnya untuk darjah khas," katanya selepas merasmikan Majlis Khatam Hafazan Al-Quran sesi 2019 di Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah) di sini hari ini.

Tosrin berkata, persiapan silibus subjek Kesultanan Islam Johor kini berada di peringkat akhir dan guru yang akan mengajar juga sudah dilatih.

"Mata pelajaran tersebut diperkenalkan sebagai usaha menanam semangat jati diri termasuk memupuk kesetiaan murid terhadap institusi diraja.

"Ia juga bagi mendidik masyarakat madani yang sentiasa peka terhadap isu-isu semasa," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Marsah akan dinaik taraf menjadi Kolej Universiti Islam dalam masa terdekat dan beberapa program ijazah sarjana muda dalam bidang tahfiz dan qiraat bakal diperkenal.

Artikel Berkaitan:

"Ia akan membuka peluang pelajar lepasan diploma tahfiz dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang ingin menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan sudah tentunya pelajar kolej ini akan diberi keutamaan," katanya.