400 murid kurang mampu terima bantuan

Lee Chean Chung
Lee Chean Chung
A
A
A

KUANTAN - Seramai 400 murid menerima bantuan awal persekolahan bernilai RM20,000 daripada Cabang Keadilan Parlimen Indera Mahkota di sini, hari ini.

Adun Semambu, Lee Chean Chung berkata, bantuan yang berupa beg sekolah dan set alat tulis diberikan kepada pelajar tahun satu hingga enam, yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan.

"Kami berharap sumbangan ini dapat meringankan beban ibu bapa dalam membuat persiapan persekolahan sesi baharu yang akan bermula tidak lama lagi.

"Kanak-kanak yang menerima sumbangan ini juga diharapkan lebih teruja untuk ke sekolah apabila mempunyai kelengkapan secukupnya," katanya kepada pemberita pada Program Penyerahan Bantuan Jom Ke Sekolah 2019 di sini, hari ini.

Lee menambah sumbangan itu merupakan kerjasama bersama Pejabat Adun Semambu dan Persatuan Prihatin Komuniti Pahang itu juga melibatkan program gunting rambut percuma. - Bernama

Artikel Berkaitan: