Tadbir urus bukan Game of Thrones

A
A
A

MATLAMAT menjadi ahli politik adalah untuk berkuasa.

Di Malaysia, walaupun dengan populasi yang kecil, namun orang yang terlibat dalam arena politik telah menggerakkan politik Malaysia ke satu tahap berbeza, boleh dikatakan sebagai Games of Thrones yang tidak berkesudahan dengan persoalan siapa akan menjadi perdana menteri.

Ironinya, walaupun diketahui sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bahawa kelemahan Pakatan Harapan (PH) adalah konfrontasi atau saingan daripada Barisan Nasional (BN) terutamanya UMNO.

Oleh itu, semua ahli Majlis Tertinggi PH mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri sejurus selepas Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menjadi Perdana Menteri.

Namun, politik dalam PH tidak harus menjadi seperti apa yang sedang terjadi sekarang dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali saling berbalah dengan ketua partinya sendiri. Terdapat lima strategi bahaya yang perlu disedari dalam persaingan merebut kuasa menakluki Pejabat Perdana Menteri dan ia akan mendatangkan kekacauan kepada Malaysia Baharu secara tidak sedar.

Pertama, dengan kembalinya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN, ia bermaksud beliau bila-bila masa sahaja akan bergiat semula dalam politik.

Di samping itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah kembali daripada cutinya. Dalam erti kata lain, kepala ular masih boleh mematuk, walaupun telah terpisah dari badannya.

BN dan Pas berusaha menambahkan kekuatan. Mereka bersedia serta tidak melakukan sesuatu dengan melulu dan serius demi memenangi PRU15.

Artikel Berkaitan:

PH boleh ditewaskan keseluruhannya dan membolehkan golongan kleptokrasi itu kembali menakluki kuasa daripada rakyat Malaysia yang mengundi pada Mei 2018.

Kedua, Malaysia mempunyai satu sistem birokrasi yang diamanahkan kepada 1.5 juta kakitangan awam di seluruh 13 negeri. Mereka tidak harus menjadi ahli politik dan tidak boleh menjadi ahli politik.

Tetapi apabila kerajaan PH tidak berfungsi seiring janji yang tertulis dalam manifesto pilihan raya, maka para penjawat awam tiada motivasi untuk bekerja dengan lebih efektif dalam berkhidmat untuk rakyat.Mereka akan menjadi pemerhati, secara senyap untuk melihat siapa yang akan memenangi Game of Thrones itu sebelum membuat apa-apa keputusan. Dengan kata lain, mereka hanya bertindak secara neutral berdasarkan apa yang mereka perhatikan, dengar dan tidak berkata apa-apa tanpa perlu berpihak kepada sesiapa.

Kesemua itu akan mengakibatkan ketidakstabilan politik ekonomi Malaysia kerana lebih daripada 900 syarikat milik kerajaan (GLC) memiliki ekuiti atau kepentingan kewangan sebanyak 70 peratus dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Apabila kakitangan kerajaan tidak ambil langkah aktif untuk menambah baik kesejahteraan rakyat Malaysia, GLC tidak dapat bekerjasama dengan kerajaan untuk membuahkan hasil seperti yang diharapkan.

Hasilnya, Malaysia Inc akan lumpuh secara perlahan di mana syarikat korporat yang dahulunya mempunyai pelaburan politik, hilang pendapatan disebabkan parti tempat mereka melabur kalah dalam PRU14, akan mengambil kesempatan dan menunggu saat kebangkitan parti pilihan yang boleh menjamin kepentingan mereka.

Kekal kelebihan

Keempat, sekiranya Game of Thrones yang tidak berkesudahan itu berlanjutan dengan atau tanpa merujuk kepada video seks yang dibuktikan sahih oleh Ketua Polis Negara sendiri, pelabur asing akan lebih cenderung melabur di negara-negara lain.

Kemboja dan Laos merupakan dua ekonomi berkembang paling pesat di Asia Tenggara dengan kadar pertumbuhan 6.9 peratus dan 7.1 peratus masing-masing. Mata wang mereka terikat kepada Dollar Amerika dan diberi sokongan kewangan oleh China. Mengapa dunia perniagaan harus memandang serius dengan Malaysia?

Mereka tidak akan berbuat demikian selagi wujudnya mainan politik mahu menyingkirkan Anwar menggantikan Dr Mahathir.

Akhirnya, penyokong Game of Thrones itu akan hilang jika mereka terus menyokong Azmin tanpa batasan rasional.

Dasar ekonomi Azmin berada di Selangor. Tidak seperti pada zaman Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menteri besar dahulunya yang menguatkan kedudukan kewangan Selangor, sekarang tiada siapa yang tahu kedudukan sebenar kewangan Selangor. Seperti yang diketahui, mungkin rizab Selangor berkurangan secara besar. Itu mungkin menjelaskan mengapa ekonomi Malaysia merudum kerana 25 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar datangnya daripada Selangor.

Politik Malaysia tidak boleh dipisahkan daripada ekonomi dan sebab itulah semuanya mahu memegang jawatan tertinggi.

Jika asyik bergaduh sama sendiri termasuk menikam presiden parti bermaksud mereka belum bersedia memimpin Malaysia.

Maka, merekalah yang bertanggungjawab ke atas kegagalan Malaysia Baharu ini. Fikir-fikirkanlah.