Anak tauke ladang lembu ditahan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KAMPUNG GAJAH - Seorang anak tauke ladang lembu ditahan reman selama tujuh hari, bermula hari ini berhubung penemuan satu mayat lelaki dipercayai dibunuh di Sungai Kinta, Sungai Galah, 18 Disember lalu.

Lelaki berusia 21 tahun itu, ditahan semalam di kediamannya di Kampar sekitar jam 3.15 petang.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, mayat yang ditemui dalam keadaan terapung itu merupakan seorang pekerja ladang terbabit warga Bangladesh berusia 32 tahun.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa dibunuh pada 15 Disember sebelum mayatnya dibuang ke dalam sungai.

"Pada hari kejadian, suspek memaklumkan kepada isterinya bahawa dia ada keluar makan bersama mangsa, namun perkara itu dinafikan mangsa menyebabkan suspek dimarahi isterinya.

"Rasa tidak puas hati ini suspek kepada mangsa melarat hingga membawa kepada pembunuhan," katanya.

Beliau berkata, suspek yang juga bekerja di ladang lembu milik keluarganya direman hingga 31 Disember ini bagi membatu siasatan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Siasatan lanjut diteruskan bagi mengumpul bukti dan melengkapkan kertas siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: