EU kuat kuasa larangan tangkap ikan kod di Laut Baltik

 Larangan menangkap ikan kod di sebahagian besar Laut Baltik berkuat kuasa segera.
Larangan menangkap ikan kod di sebahagian besar Laut Baltik berkuat kuasa segera.
A
A
A

BRUSSELS - Kesatuan Eropah (EU) semalam menguatkuasakan larangan menangkap ikan kod di sebahagian besar Laut Baltik susulan jumlahnya yang semakin berkurang.

EU yang bertanggungjawab memantau pengurusan stok ikan di perairan Eropah memberi amaran jumlah ikan kod bakal mengalami penurunan sekiranya tiada langkah segera dilakukan.

"Kita mesti segera membina kembali stok, demi kepentingan stok ikan dan juga nelayan," kata Pesuruhjaya Perikanan Eropah, Karmenu Vella dalam satu kenyataan.

Menurut EU larangan terbabit akan berkuat kuasa hingga 31 Disember.

EU turut menyatakan faktor lain yang menyumbang kepada penurunan jumlah ikan kod di Laut Baltik antaranya, faktor alam sekitar dan jangkitan parasit. - AFP

Artikel Berkaitan: