Majikan didenda guna racun rumpai berbahaya

No Image Caption
A
A
A

TELUK INTAN - Sebuah syarikat perladangan didenda RM800 oleh Mahkamah Teluk Intan hari ini atas kesalahan gagal menjalankan penaksiran risiko bahaya bahan kimia berbahaya kepada kesihatan.

Tanloon Plantation Sdn Bhd sebagai majikan mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mujib Saroji.

Syarikat tersebut didapati menggunakan bahan kimia Gramoxone Liquid Herbiside, Kencis, Haxelon, Bayfolan dan Polywett di tempat kerja dalam satu pemeriksaan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak pada 19 Februari lalu.

Majikan didapati tidak menjalankan penaksiran risiko bahan kimia berbahaya kepada kesihatan untuk penggunaan bagi aktiviti penyemburan racun rumpai di kawasan ladang kelapa sawit.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa JKKP Perak, Mohd Norhafiz Ibrahim dilakukan mengikut Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000.

Artikel Berkaitan: