[VIDEO] Nyanyian 'Selamat Hari Lahir' sambut ketibaan Najib di mahkamah

Nyanyian lagu 'Selamat Hari Lahir' menyambut ketibaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk mengikuti prosiding perbicaraan SRC International sempena hari kelahiran beliau ke-66 hari ini.

A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Nyanyian lagu 'ALLAH Selamatkan Kamu' menyambut ketibaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sempena hari kelahiran beliau ke-66 hari ini.

Ketibaan Najib di lobi Mahkamah jam 11 pagi untuk memgikuti prosiding perbicaraan SRC International disambut beberapa penyokongnya 'Team Mahkamah Dato' Seri' yang menunggu dengan kek dan hadiah.

Penyokongnya mula menyanyikan lagu 'selamat ulang tahun' sebelum Ahli Parlimen Pekan itu meniup lilin dan berbual mesra sambil menyatakan beliau terharu dengan sokongan.

Beliau sempat menyuap sepotong kek sebelum diiring ke kamar mahkamah.

Najib bagaimanapun enggan memberi sebarang komen kepada media.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: