Kajian EIA dijalankan di tapak kuari Gunung Pulai

Agensi kerajaan datang membuat lawatan tapak di Gunung Pulai hari ini.
Agensi kerajaan datang membuat lawatan tapak di Gunung Pulai hari ini.
A
A
A

BALING - Penduduk berharap menerima keputusan positif selepas agensi kerajaan terlibat membuat lawatan tapak bagi kajian Laporan Impak Penilaian Alam Sekitar (EIA) operasi kuari batu kapur Gunung Pulai, hari ini.

Pengerusi Majlis Bertindak Membantah Operasi Kuari Gunung Pulai, Mohd Sabri Mahmud berkata, penduduk lega apabila setiap agensi terlibat hadir bagi membuat kajian.

Menurutnya, lawatan tapak itu diharap dapat membuka mata kerajaan negeri bahawa Gunung Pulai mempunyai khazanah bernilai perlu dipertahankan berbanding kuari.

"Operasi kuari perlu dibatalkan kerana ia hampir dengan penempatan penduduk, lebih 10 gua, Sungai Ketil, sekolah, tanaman pertanian serta bakal rosakkan ekosistem alam serta habitat haiwan.

"Selain itu kawasan ini sangat strategik untuk dijadikan pusat pelancongan kerana ia mempunyai gua-gua yang berpotensi dikomersialkan selain menjadi tumpuan pendaki gunung," katanya kepada media ketika ditemui di Kampung Sungai Limau, di sini hari ini.

Agensi terlibat datang meninjau kawasan ingin dijalankan kawasan kuari di Gunung Pulai hari ini.
Agensi terlibat datang meninjau kawasan ingin dijalankan kawasan kuari di Gunung Pulai hari ini.

Terdahulu, Jabatan Alam Sekitar Kedah, Jabatan Geo Sains dan Mineral, Kedah, Unit Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Warisan Negara, Majlis Daerah Baling, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan Saliran, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Syarikat Air Darul Aman (SADA), Jabatan Pertanian Negeri Kedah, Perhilitan termasuk Yiked Holdings Sdn Bhd dan konsultan meninjau lokasi ingin dijadikan operasi kuari dan sekitar.

Mohd Sabri berkata, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut bertemu penduduk semalam dan mereka harap kerjasama telah diberikan dapat membantu agensi berkenaan menjalankan tugas.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Bayu, Abd Nasir Idris dan ADUN Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria.

Sinar Harian baru-baru ini melaporkan kenyataan bekas Timbalan Ketua Pengarah SPRM Bahagian Pengurusan, Datuk Seri Mohd Jamidan Abdullah yang menuntut pihak berkepentingan tidak menipu kerajaan negeri untuk luluskan projek kuari batu kapur Gunung Pulai.

Mohd Jamidan yang 33 tahun berkhidmat dengan SPRM adalah anak jati Baling terpanggil memperjuangkan isu berkenaan bersama penduduk.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan tipu kerajaan negeri untuk dapatkan projek