Maut dihempap tangga: Tiga beranak dalam satu liang lahad

Jenazah tiga beranak selamat dikebumikan dalam satu liang lahad pagi tadi.
Jenazah tiga beranak selamat dikebumikan dalam satu liang lahad pagi tadi.
A
A
A

PASIR PUTEH - Jenazah tiga beranak mangsa runtuhan selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lembah pagi tadi.

Jenazah Allahyarham Wan Hasheliza Wan Ibrahim, 29, suaminya, Shahril Apipie Mokhtar, 29, dan anak dalam kandungan berusia lapan bulan tiba di Kampung Sepulau dari Hospital Sungai Buloh jam 8.30 pagi.

Selepas disembahyangkan, kira-kira 100 ahli keluarga menghadiri pengebumian jam 10 pagi.

Bapa Wan Hasheliza, Wan Ibrahim Awang Kechik, 59, berkata, dia meminta kebenaran keluarga menantunya untuk mengebumikan ketiga-tiganya di sini.

"Saya meminta untuk mengebumikan semuanya di sini dengan harapan hubungan kekeluargaan ini tidak putus.

"Arwah dijangka melahirkan anak sulung pada September nanti tapi semua ini sudah ditakdirkan, kami semua menerima ketentuan ini," katanya.

Wan Ibrahim membawa jenazah cucunya ke tanah perkuburan.
Wan Ibrahim membawa jenazah cucunya ke tanah perkuburan.

Dalam kejadian di Sungai Buloh jam 12.50 tengah hari semalam, Wan Hasheliza dan suaminya ditimpa runtuhan tangga rumah sebelum terkena renjatan elektrik.

Artikel Berkaitan:

Turut terkorban jiran yang cuba menyelamatkan mereka, Mohd Radezi Abdul Aziz, 35, dan warga Indonesia, Bambang Sulistio, 39.

ARTIKEL BERKAITAN: Minta izin menantu kebumi anak di Kampung Sepulau

ARTIKEL BEKAITAN: [DIKEMASKINI] Wanita hamil maut dihempap tangga rumah

Terdahulu, hasrat seorang wanita hamil untuk menikmati durian bertukar tragedi apabila dia dihempap tangga rumah yang masih dalam pembinaan di Kampung Matang Pagar di sini tengah hari tadi.

Difahamkan, tiga lagi mangsa yang cuba membantu wanita terbabit turut maut akibat terkena renjatan elektrik dalam kejadian itu.

Ketua Zon 1, Shah Alam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Razali Mohd Nasir berkata, kabel tiang lampu yang terletak bersebelahan rumah berkenaan turut terjatuh susulan daripada runtuhan tangga tersebut.