Gamis Terengganu gesa Wan Saiful letak jawatan

ABDUL RAZAK RAMLI
ABDUL RAZAK RAMLI
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan diminta meletakkan jawatannya selepas didakwa gagal melaksanakan janji manifesto Pakatan Harapan (PH) berkaitan PTPTN.

Timbalan Pengerusi Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) Terengganu, Abdul Razak Ramli berkata, Kertas Konsultasi Rakyat yang dibuat bagi membantu kerajaan membuat keputusan dalam menggubal dasar berkaitan PTPTN dilihat seakan menemui jalan buntu.

“Sudah menjelang 400 hari semenjak PH menerajui kerajaan Malaysia. Janji PH di dalam manifesto Buku Harapan tentang penangguhan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang bergaji kurang RM4,000 sebulan hanya sekadar menanam tebu di tepi bibir.

“PH juga berjanji untuk memansuhkan terus hutang PTPTN buat pelajar yang cemerlang dan pelajar yang berpendapatan rendah, namun ia dilihat hanya indah khabar daripada rupa,” katanya.

Abdul Razak berkata, Gamis Terengganu ingin mengingatkan Wan Saiful bahawa institusi pendidikan bukanlah medan perniagaan untuk mengaut keuntungan sebanyak-banyaknya daripada mahasiswa sebaliknya ia merupakan medan modal insan yang menjadi tunjang wajib buat negara membinanya.

Artikel Berkaitan: